George Weah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
George Weah
PortraitGeorgeWeahAiportTunisCarthageSeptembre2016.jpg
Presiden Liberia
Terpilih
Memegang jawatan
22 Januari 2018
Naib Presiden Jewel Taylor (Terpilih)
Menggantikan Ellen Johnson Sirleaf
Senator Wilayah Montserrado
Memegang jawatan
14 Januari 2015
Didahului oleh Joyce Musu Freeman-Sumo
Butiran peribadi
Lahir George Tawlon Manneh Oppong
Ousman Weah

(1966-10-01) 1 Oktober 1966 (umur 51)
Clara Town, Monrovia, Liberia
Parti politik Congress for Democratic Change
Pasangan Clar Weah (kelahiran Jamaica)
Anak-anak 3, termasuk George
Alma mater Universiti DeVry

Kerjaya bolasepak persatuan
Posisi permainan Striker
Kerjaya remaja
1981–1984 Young Survivors Claratown
1984–1985 Bongrange Company
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1985–1986 Mighty Barrolle 10 (7)
1986–1987 Invincible Eleven 23 (24)
1987 Africa Sports 2 (1)
1987–1988 Tonnerre Yaoundé 18 (14)
1988–1992 Monaco 103 (47)
1992–1995 Paris Saint-Germain 96 (32)
1995–2000 Milan 114 (46)
2000 Chelsea (loan) 11 (3)
2000 Manchester City 7 (1)
2000–2001 Marseille 19 (5)
2001–2003 Al Jazira 8 (13)
Jumlah 411 (193)
Pasukan kebangsaan
1987–2003 Liberia 60 (22)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

George Tawlon Manneh Oppong Ousman Weah (dilahirkan 1 Oktober 1966) adalah Presiden terkini Liberia yang pernah menjadi seorang penyerang bola sepak profesional.

Beliau dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak dari Afrika yang paling terhebat sepanjang masa. Pada tahun 1995, beliau digelar sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA serta memenangi Ballon d'Or, yakni pemain pertama dari benua Afrika yang memenangi anugerah-anugerah ini. Pada tahun 1989, 1994 dan 1995; beliau dinamakan Pemain Terbaik Afrika Tahunan, dan pada tahun 1996, beliau bergelar "Pemain Afrika Terbaik Abad Ini". Weah digambarkan oleh FIFA seperti "pelopor penyerang serba boleh" kerana keupayaannya memecut, berlari dan menggelecek bola serta menjaringkan gol. Pada tahun 2004, beliau dimasukkan dalam senarai pemain terhebat dunia yang masih hidup FIFA 100 oleh Pelé.[1]

Setelah memulakan kariernya di negara rumahnya Liberia, Weah menghabiskan 14 tahun bermain bagi kelab-kelab di Perancis, Itali dan England. Arsène Wenger membawanya ke Eropah untuk menyertai Monaco pada tahun 1988. Weah berpindah ke Paris Saint-Germain pada tahun 1992 di mana beliau memenangkan Liga 1 pada tahun 1994 dan menjadi penjaring terhebat Liga Juara UEFA 1994-1995. Beliau menyertai A.C Milan pada tahun 1995 di mana beliau mengalami empat musim berjaya serta membantu pasukannya, memenangi Serie A sebanyak dua kali.[2] Golnya yang paling penting adalah ketika dalam perlawanan melawan Verona. Beliau berpindah ke Liga Perdana Inggeris pada akhir kerjayanya dengan kejayaannya bermain untuk Chelsea dan Manchester City - yang keduanya memenangi Piala FA - sebelum kembali ke Perancis untuk bermain mewakili Marseille pada tahun 2001 dan seterusnya mengakhiri kerjayanya dengan Al-Jazira pada tahun 2003. Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili Liberia di Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali, memenangi 60 cap serta menjaringkan 22 gol untuk negaranya.

Weah melibatkan diri dalam politik Liberia berikutan persaraannya daripada dunia bola sepak. Beliau membentuk Kongres untuk Perubahan Demokrasi (Congress for Democratic Change) serta berkempen merebut jawatan Presiden pada pilihan raya tahun 2005 namun kalah kepada Ellen Johnson Sirleaf dalam pusingan undian yang kedua. Dalam pilihan raya di negara tersebut tahun 2011 raya, beliau berkempen untuk jawatan Naib Presiden bersama Winston Tubman tetapi tidak berjaya melakukan demikian. Weah kemudiannya dipilih ke Senat Liberia Senat untuk Wilayah Montserrado pada pilihan raya negara tersebut tahun 2014 .

Weah dipilih sebagai Presiden Liberia selepas mengalahkan penyandang Naib Presiden Joseph Boakai dalam pilihan raya negara tersebut tahun 2017.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai 15 June 2013. 
  2. ^ "AC Milan Hall of Fame: George Weah". acmilan.com. Dicapai 9 December 2014. 
  3. ^ Liberia’s election threatens its fragile stability Financial Times, 8 April 2016
  4. ^ Weah maintains lead in Liberia election's early results ABC News, 10 October 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]