Gerimis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gerimis ialah kerpasan cecair ringan yang terdiri daripada titisan air yang lebih kecil daripada titisan hujan – biasanya diameter lebih kecil daripada 0.5 mm (0.02 in) – yang menurun.[1] Ia biasanya dihasilkan oleh awan-awan stratiform rendah dan stratokumulus. Kadar kerpasan yang diperolehi gerimis mencapai kurang daripada satu milimeter atau kurang setiap hari di tanah. Saiz titisan gerimis turun yang kecil menyebabkan kebanyakan daripadanya menyejat lalu tidak dapat dikesan oleh pemerhati di permukaan tanah.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Gerimis cenderungnya membentuk menjadi kerpasan yang paling kerap wujud di kawasan lautan dunia, terutamanya di kawasan subtropika yang lebih sejuk. Kawasan-kawasan ini dikuasai oleh stratokumulus laut cetek dan awan kumulus angin dagang yang wujud sepenuhnya dalam lapisan sempadan laut. Telah jelas bahwa gerimis mampu mempengaruhi struktur, liputan, dan sinaran awan di kawasan-kawasan ini meskipun kadar pengumpulan permukaannya rendah. Keadaan ini telah mendorong saintis mereka bentuk radas yang lebih canggih dan sensitif misalnya radar berfrekuensi tinggi yang boleh mengesan gerimis. Kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa kuantiti hujan berkait kuat dengan morfologi awan dan cenderung berkaitan dengan apa-apa drauf naik (updraught) dalam lapisan sempadan laut. Peningkatan jumlah hujan cenderung dapat ditemukan dalam awan laut yang terbentuk dalam jisim udara berkepekatan titisan awan yang rendah. Hubungan antara awan dan hujan ini boleh diterokai menggunakan model numerikal beresolusi tinggi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National Weather Service Observing Handbook No. 8, Aviation Weather Observations for Supplementary Aviation Weather Reporting Stations (SAWRS), Manual Observations, October 1996