Hornbill Skyways

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hornbill Skyways
IATA
-
ICAO
-
Callsign
-
Ditubuhkan 1977
Hab Kuching, Miri
Pesawat 14 (12 Helikopter,2 Pesawat Sayap Kaku)
Ibu pejabat Sarawak, Malaysia
Tokoh utama YBhg. Datuk Aidan Wing,(Pengerusi Eksekutif)
Laman web http://www.hornbillskyways.com


Hornbill Skyways merupakan salah satu syarikat penerbangan di negeri Sarawak. Ia ditubuhkan pada 1977 dan dimiliki hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.Pada mulanya,mereka hanya memiliki sebuah pesawat ringan Cessna 421 dan 2 buah Helikopter Bell 206B Jet Ranger.

Hornbill Skyways menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan empat buah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger III (9M-AWE, 9M-AYP, 9M-SGH, 9M-SGJ), 3 buah helikopter jenis Bell 206L Long Ranger IV (9M-BCU, 9M-HSM, 9M-HSS), 4 buah helikopter jenis EC135 P2 (9M-WSA, 9M-WSG,9M-WSM dan 9M-AZZ), sebuah helikopter jenis Bell 430 (9M-HRM), sebuah pesawat ringan Beech Super King Air (9M-WSK) dan sebuah jet eksekutif jenis Cessna 750 Citation X (9M-ATM).Hornbill Skyways adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memiliki dan mengoperasikan helikopter Bell 430 dan Cessna Citation X,yang dianggap jet eksekutif terpantas dalam sejarah penerbangan,dengan kelajuan Mach 0.92.

Hornbill Skyways berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan mempunyai cawangan di Lapangan Terbang Miri.


Pesawat[sunting | sunting sumber]

Setakat ini,pesawat yang dioperasikan oleh Hornbill Skyways adalah:

  • Helikopter
    • 4 Bell 206B Jet Ranger III
    • 3 Bell 206L Long Ranger IV
    • 4 Eurocopter EC-135P-2 (untuk menggantikan helikopter Jet Ranger dan Long Ranger yang sudah berusia)
    • 1 Bell 430 (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)


  • Pesawat Sayap Kaku (Fixed-wing aircraft)
    • 1 Cessna Citation X (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
    • 1 Beech Super King Air (untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)
    • 1 Bombardier Challenger CL-605 (Untuk penerbangan khas Kerajaan Negeri Sarawak)


  • Pesawat yang pernah digunakan
    • 1 British Aerospace BAe 125-800B (9M-AZZ).Nombor pendaftaran pesawat ini kini digunakan oleh Helikopter Eurocopter EC-135P-2,memandangkan pesawat ini tidak lagi digunakan.
    • Shorts Skyvan (Tidak lagi digunakan)
    • 2 Dornier 228 (9M-VAA & 9M-VAM.Pesawat ini diambil alih oleh Hornbill Skyways apabila Vision Air Malaysia menamatkan operasi mereka.Dijual kepada syarikat penerbangan di Nepal)
    • Cessna 550 Citation II (9M-WAN.Tidak lagi digunakan.)
    • Cessna 421 (Pesawat sayap kaku pertama yang dimiliki oleh Hornbill Skyways)Tidak lagi digunakan.

Insiden[sunting | sunting sumber]

Tahun 2004 dan 2005 adalah tahun terburuk dalam sejarah operasi Hornbill Skyways,apabila 3 buah helikopter Bell milik mereka (2 buah Helikopter Bell 206L Long Ranger III dan sebuah Bell 206B Jet Ranger III) terhempas,menyebabkan 14 kematian termasuk beberapa Tokoh Korporat dan seorang Menteri Muda Negeri Sarawak,iaitu mendiang Dr.Judson Sakai Tagal.Namun begitu kebanyakan punca nahas adalah berkaitan dengan keadaan kawasan pedalaman Borneo yang masih diliputi hutan tebal.Faktor inilah yang membuat Hornbill Skyways untuk memperolehi helikopter baru yang lebih moden dan efisien.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]