Pedro Pablo Kuczynski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pedro Pablo Kuczynski

Pedro Pablo Kuczynski Godard (lahir pada tahun 1938 di Peru) merupakan ahli ekonomi dan ahli politik Peru serta bekas perdana menteri dan Presiden negara itu. Beliau berketurunan Poland dan Perancis.

Sejak 1999 beliau telah diserap menjadi warganegara Amerika Syarikat dan memiliki dwi-kerakyatan. Dakwaan dwi-kerakyatannya telah menyebabkan pembangkang mengemukakan alasan beliau mempunyai konflik kepentingan dengan A.S. apabila berkhidmat dalam kerajaan Peru. Ini kerana A.S. memerlukan rakyat yang diserapnya bersumpah yang mereka tidak akan berkhidmat dengan kerajaan yang berlawanan dengan kepentingan kebangsaan A.S. Secara khusus, sumpah taat setia yang perlu diikrar rakyat baru A.S. menyatakan: "I hereby declare, on oath, that I absolutely and entirely renounce and abjure all allegiance and fidelity to any foreign prince, potentate, state, or sovereignty of whom or which I have heretofore been a subject or citizen...".

Tahun 2016, beliau menang dalam pilihan presiden dan bermula jawatannya pada 28hb Julai tahun berikutnya. Namun, beliau terpaksa letak jawatan pada 22hb Mac 2018 atas skandal rasuah. Timbalan Presiden Pertama, Martín Vizcarra, telah mewariskan jawatan kepresidenan.

Didahului oleh:
Carlos Ferrero
Perdana Menteri Peru
2005-2006
Digantikan oleh:
Jorge Del Castillo

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.