Timor Timur (negara)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai negara di Asia Tenggara. Untuk Provinsi Timor Timur yang merupakan sebahagian daripada Indonesia (1976-1999), sila lihat Timor Timur.
Flag of Timor Leste
Jata negara bagi Timor Leste
Bendera Jata negara
Moto: "Unidade, Asaun, Progresu" (Tetum)
"Unidade, Acção e Progresso" (Portugis)

("Perpaduan, Tindakan, dan Kemajuan")
Lagu kebangsaan: "Pátria"
(Portugis: "Tanah Air")
Kedudukan Timor Leste
Ibu negara
dan bandar terbesar
Dili
8°20′S 125°20′E / 8.34°S 125.34°E / -8.34; 125.34Koordinat: 8°20′S 125°20′E / 8.34°S 125.34°E / -8.34; 125.34
Bahasa rasmi Bahasa Tetum[a], dan Bahasa Portugis[a]
Agama 96.9% Roman Katolik
3.1% Lain-lain
Demonim Timor Leste
Kerajaan Republik
Francisco Guterres
Taur Matan Ruak
Arão Noé da Costa Amaral
Perundangan Parlimen Kebangsaan
Kemerdekaan daripada Portugal, dan Indonesia[b]
• Diisytiharkan
28 November 1975
17 Julai 1976
• Diiktirafan
20 Mei 2002
Luas
• Jumlah
15,410[1] km2 (5,950 bt2) (ke-154)
• Air (%)
sedikit sahaja
Penduduk
• Bancian 2015
1,167,242[2]
• Ketumpatan
78/km2 (202.0/sq mi)
KDNK (PPP) anggr. 2017 
• Jumlah
$4.567 billion[3]
• Per kapita
$5,479[3] (ke-148)
KDNK (nominal) anggr. 2014 
• Jumlah
$2.498 billion[3]
• Per kapita
$3,330[3]
HDI (2015)  0.605[4]
sederhana · ke-133
Mata wang Dolar Amerika Syarikat[c] (USD)
Zon waktu (UTC+9)
Memandu di sebelah Kiri
Kod panggilan +670
Kod ISO 3166 TL
Internet TLD .tl[d]
Laman sesawang
timor-leste.gov.tl
 a. Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai bahasa kerja.
 b. Indonesia mula-mula menduduki Timor Timur pada 7 Disember 1975 dan merasmikan sebagai Provinsi di Indonesia pada 17 Julai 1976 .
 c. Syiling Centavo Timor Leste juga digunakan.
 d. .tp sedang dinyahsenarai.

Republik Demokratik Timor Leste atau juga dikenali sebagai Timor Timur ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara, dan bersempadan dengan Kepulauan Timor (Indonesia) di barat. Timor Leste merangkumi pulau Atauro, Jaco, Oecussi-Ambeno dan sebahagian Pulau Timor.

Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002. Apabila negara ini menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002, negara ini mahu dikenali sebagai Timor Leste (bahasa Portugis)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Timor Leste

  • Abad ke-16: Kedatangan kaum Portugis
  • 1902: Pembahagian Timor antara kaum Portugis dan Belanda secara definitif
  • 1975: Timor Portugis ditelantarkan Portugal yang dilanda Revolusi Pokok Bunga Teluki
  • 1976: Bergabung dengan Indonesia, menjadi Wilayah Timor Timur
  • 1976 - 1980: Perang saudara; konon sekitar 100.000 - 250.000 orang tewas
  • 1991: Insiden Santa Cruz
  • 1999: Referendum pemisahan diri Timor Timur dibenarkan presiden B. J. Habibie
  • 1999: Rusuhan besar-besaran antara pro-dan anti-kemerdekaan dan pelarian warga Timor Timur
  • 2002: Terbentuknya negara Timor Leste
  • 2006: pertiga bekas tentera kebangsaan Timor Leste memberontak menuntut keadilan; pecah konflik antara pihak polis yang menyokong kerajaan dengan pihak tentera

Politik[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Timor Leste Ketua Negara Republik Timor Leste adalah seorang presiden, yang dipilih secara langsung dengan dengan masa bakti selama 5 tahun. Walaupun fungsinya hanya seremonial saja, ia juga mempunyai hak veto undang-undang. Perdana Menteri dipilih daripada pemilihan parti dan diangkat / ditunjuk dari parti majoriti sebuah sokongan majoriti. Sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri atau Kabinet dalam Kabinet Kerajaan.

Parlimen Timor Leste hanya terdiri dari satu kamar saja dan disebut Parlamento Nacional. Anggotanya dipilih untuk masa jabatan selama lima tahun. Jumlah kerusi di parlimen antara 52 dan 65 tetapi saat ini berjumlah 65. Undang-Undang Dasar Timor Leste berdasarkan perlembagaan Portugal.

Angkatan Bersenjata Timor Leste adalah FALINTIL-FDTL (F-FDTL), sedangkan angkatan kepolisiannya adalah PNTL (Policia Nacional Timor-Leste).

Daerah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Daerah di Timor Leste

Pentadbiran Timor Leste dibahagikan kepada 13 daerah:

  • Aileu (Aileu)
  • Ainaro (Ainaro)
  • Baucau (Baucau)
  • Bobonaro (Bobonaro)
  • Cova-Lima (Suai)
  • Dili (Dili)
  • Ermera (Gleno)
  • Lautem (Lautem)
  • Liquica (Liquica)
  • Manatuto (Manatuto)
  • Manufahi (Same)
  • Oecusse (Pante Makassar)
  • Viqueque (Viqueque)

Nama-nama yang berada di antara tanda kurung adalah ejaan alternatif yang sering digunakan pada masa Integrasi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Timor Leste

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Timor Leste

Demografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Timor Leste

Budaya[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Timor Leste

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 8°34′N 125°34′E / 8.567°N 125.567°E / 8.567; 125.567{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman

  1. ^ [1][pautan putus]
  2. ^ "2015 Census shows population growth moderating". Government of Timor-Leste. 25 October 2015. Diarkibkan daripada asal pada 7 February 2016. Dicapai 24 July 2016. 
  3. ^ a b c d "Timor-Leste". The World Bank. Dicapai 3 May 2014. 
  4. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai 21 March 2017.