Wikipedia:Calon gambar pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sumbangan Pilihan


Kandungan pilihan:

Alatan gambar pilihan:

Tarikh
20
April 2018
(Jumaat)
Minggu: 16

Di sini, kita akan menentukan yang mana satu gambar bakal dipaparkan sebagai gambar pilihan di Laman Utama. Gambar pilihan mestilah antara gambar Wikipedia yang paling menarik. Sila lihat: Wikipedia:Apakah itu gambar pilihan? untuk kriterianya.

Jika anda mencalonkan gambar, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan gambar yang anda sendiri telah ambil, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya.

Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah gambar boleh diiktiraf sebagai gambar pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan.

Lihat juga Wikipedia:Calon rencana pilihan dan Commons:Gambar hari ini di Wikimedia Commons.

Tatacara pencalonan

Archive Arkib
  1. 2006
  2. 2007
  3. 2008
  4. 2009
  5. 2010
  6. 2011
  7. 2012
  8. 2013
  9. 2014
  10. 2015
  11. 2016
  12. 2017
  13. 2018
  1. Baca kriteria untuk gambar pilihan dan pastikan bahawa gambar itu memenuhi kesemua syarat sebelum mencalonkannya.
  2. Jika anda mencalonkan sebuah gambar, sila ke http://ms.bywiki.com/wiki/Wikipedia:Gambar_pilihan/[tahun] kemudian klik cipta pada minggu yang belum ada pencalonan. Isikan borang yang telah disediakan.
  3. Untuk memulakan undian baru, sila isikan borang ini. Gantikan X dengan maklumat semasa dan maklumat gambar boleh diambil pada templat pencalonan. Tinggalkan kosong dibahagian tajuk.
  4. Jika terdapat gambar lain untuk dicalonkan, sila lengkapkan kod calon gambar lain dan letakan sebelum topik keputusan pada minggu berkenan.
  5. Selepas pengundian tamat, lakukan kerja-kerja suntingan pada templat dan bersedia untuk dipaparkan di Laman Utama. Sila letakkan templat {{Gambar pilihan}} pada gambar yang berjaya dan sunting templat {{Assessments|mswiki=1|mswiki-nom=Calon gambar pilihan/{{CURRENTYEAR}}#Minggu {{CURRENTWEEK}}<nowiki>}} di Wikimedia Commons jika berkaitan.
  6. Jika tiada sebarang undi, maka calon tersebut gagal, gambar minggu sebelumnya adalah gambar untuk minggu tersebut. Calon tersebut boleh dicalonkan semula untuk minggu seterusnya.
  7. Jika hanya terdapat hanya satu pencalonan pada minggu tersebut dan calon tersebut gagal, maka gambar pilihan yang akan dipaparkan pada minggu tersebut adalah gambar pada minggu sebelumnya.

Penyokongan dan pembantahan

Tolong lihat dengan jelas gambar berkenaan sebelum menyetujui ataupun menentang pencalonannya.

  • Untuk membuat ulasan pada gambar yang telah dicalonkan, anda harus klik pada pautan "sunting" di sebelah kanan gambar tersebut (bukannya butang "sunting" pada bahagian atas di halaman gambar).
  • Jika anda mempercayai bahawa sesuatu gambar memenuhi kesemua kriteria gambar pilihan, tulis {{undi|V}} diikuti oleh alasan anda.
  • Jika anda membantah sesuatu pencalonan, tulis {{undi|X}} diikuti dengan alasan anda. Setiap bantahan harus dikemukakan alasan yang tertentu supaya dapat ditumpukan perhatian. Jika tiada apa-apa yang boleh dibuat untuk memperbaiki masalah ataupun kelemahan yang dikemukakan oleh bantahan itu, bantahan itu boleh diketepikan. Ini termasuk bantahan kesesuaian sebuah gambar untuk Laman Utama Wikipedia, kecuali persoalan ini dapat diperbaiki (gambar pilihan, walaupun dipilih, boleh ditandakan supaya jangan dipaparkan pada Laman Utama).
    • Untuk menarik balik bantahan, sila jangan padamkannya, sebaliknya gunakan <s>...</s> untuk memotongnya.
Terus ke laman pengundianSingkir cache

Isi kandungan

Pencalonan gambar pilihan

Minggu 12[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 18 Mac 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Bilik Panjang Bilik Panjang merupakan ruang utama Perpustakaan Lama Perpustakaan Kolej Triniti sepanjang 65-metre-long (213 ft) yang telah dibina sekitar 1712 dan 1723 dan menempatkan 200,000 buah buku lama Perpustakaan. Bilik Panjang turut dihiasi dengan 14 buah patung marmar yang diperoleh oleh kolej dari pengukir terkenal Peter Scheemakers. Patung-patung tersebut merupakan individu-individu yang banyak menyokong kolej selain ahli falsafah dan penulis terkemuka termasuklah Jonathan Swift, yang dihasilkan oleh Louis François Roubiliac. Ia turut menempatkan salah satu salinan terakhir Pengisytiharan Republik Ireland 1916 yang masih wujud.

Diliff
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 13[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Istana Negara, Jalan Duta
Istana Negara, Jalan Duta ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama bersemayam di istana ini pada 15 November 2011 manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 merupakan istiadat pertabalan pertama di istana ini.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 14[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Cakoi Cakoi, atau juga dikenali sebagai youtiao, churros goreng Cina, dan donut Cina merupakan doh berbentuk panjang yang digoreng dan berwarna perang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China serta turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Popo le Chien
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 15[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Burung Rapang Pasir jantan Burung Rapang Pasir (Inggeris: Malaysian Plover; nama saintifik: Charadrius peronit) merupakan sejenis burung randuk kecil (kira-kira 35–42 g) yang membina sarang di pantai dan dataran garam di Asia Tenggara teruatamanya di Malaysia. Sebesar 15 cm (5.9 in), burung Rapang Pasir jantan dan betina boleh dibezakan menerusi warna jalur nipis yang terdapat pada leher burung-burung ini. Burung jantan ini mempunyai jalur nipis berwarna hitam, manakala betinanya pula mempunyai jalur berwarna coklat. Kakinya pucat dan suara kecipannya halus.

JJ Harrison
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 16[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 15 April 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Nebula Kepala Kuda Nebula Kepala Kuda (Inggeris: Horsehead Nebula, juga dikenali sebagai Barnard 33 dalam nebula cerah IC 434) adalah sebuah nebula gelap di buruj Belantik yang terletak berhampiran bintang Alnitak atau Sigma (ς) Orionis iaitu bintang terkiri dalam deretan Bintang Tiga Beradik atau tali pinggang Orion si pemburu dalam legenda Yunani purba. Jaraknya dianggarkan 1,500 tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini mendapat namanya daripada bentuk gumpalan awan gas dan debu antara najam tebal lagi gelap yang menyekat sumber cahaya di belakangnya. Ia adalah sebahagian daripada Kompleks Awan Molekul Belantik yang turut merangkumi Nebula Belantik, Gelung Barnard, dll. Bentuknya seperti kepala kuda itu pertama kali dikesan pada 1888 oleh Williamina Fleming di atas plat fotograf B2312 yang diambil di Balai Cerap Kolej Harvard.

Ken Crawford
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 17[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 22 April 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Dayak Suku Dayak adalah kelompok asli terbesar dan tertua yang mendiami Kalimantan. Istilah Dayak adalah umum kerana terdapat lebih 400 sub suku Dayak yang mempunyai budaya, dialek, wilayah dan undang-undang adat tersendiri, walaupun ciri utama mereka dapat dikenal pasti. Ciri-ciri ini adalah rumah panjang, hasil budaya material seperti tembikar, mandau, sumpit beliong (kapak Dayak) pandangan terhadap alam, mata pencarian (sistem perladangan) dan seni tari. Hari ini suku bangsa Dayak terbagi kepada enam rumpun besar, iaitu Kenyah-Kayan-Bahau, Ot Danum, Iban, Murut, Klemantan dan Punan. Suku Dayak mempercayai animisme, tetapi ramai juga yang memeluk agama Kristian dan Islam. Dianggarkan populasi bangsa Dayak dalam lingkungan 14 juta di seluruh Sabah, Brunei, Sarawak, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara.

F. Boyle
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 18[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 29 April 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Hafizh Syahrin Abdullah Hafizh Syahrin Abdullah (lahir 5 Mei 1994) merupakan seorang pelumba motosikal dari Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang permotoran seawal sembilan tahun dalam pocket bikes dan pernah digelar "Raja Pocket Bikes". Pada 21 Februari 2018, Hafizh menjadi pelumba Islam dan dari Malaysia pertama berjaya bertanding dalam kategori MotoGP.

Alberto-g-rovi
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 19[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 6 Mei 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Pergunungan Akakus
Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Bahasa Arab: تدرارت أكاكوس‎ / ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk sebuah gunung di padang gurun Daerah Ghat di Libya barat iaitu sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat, Libya dan di utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Mercu tanda utama termasuk gerbang Afzejare dan Tin Khlega. Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan gersang di Sahara, ia mempunyai tumbuh-tumbahan seperti pohon ubat Calotropis procera dan beberapa mata air dan telaga di pergunungan. Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 BCE sehingga 100 CE dan menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di kawasan tersebut.

Pir6mon
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 20[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 13 Mei 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Jambatan Tiga Negara
Jambatan Tiga Negara (Jerman: Dreiländerbrücke, Perancis: La passerelle des Trois Pays) merupakan sebuah jambatan yang melintasi Sungai Rhine di antara komun Huningue (Perancis) dan Weil am Rhein (Jerman), dalam kawasan metropolitan Basel (Switzerland). Ia adalah jambatan tunggal terpanjang di dunia yang khusus didedikasikan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. Panjang keseluruhannya adalah 248 metre (813 ft 8 in) dengan jarak utamanya ialah 229.4 metre (752 ft 7 in). Jambatan yang berada di antara tiga buah negara iaitu Perancis, Jerman dan Switzerland ini telah direka oleh arkitek Austria, Dietmar Feichtinger.

Taxiarchos228
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 21[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 20 Mei 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Kunyit
Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Simon A. Eugster
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 22[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 27 Mei 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
John F. Kennedy John Fitzgerald Kennedy atau John F. Kennedy (29 Mei 191722 November 1963), yang dikenali sebagai "Jack" atau dengan singkatan JFK, merupakan Presiden Amerika Syarikat ke-35. Beliau menjadi presiden dari 1961 sehingga pembunuhan beliau iaitu pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Beliau ditembak ketika kereta yang dinaiki beliau bersama John Connally, Gabenor Texas menuju ke Dealey Plaza. Beliau telah ditembak di kerongkong dan kepala. Kennedy menjadi Presiden termuda Amerika Syarikat yang mati ketika menjawat.

Aaron Shikler
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 23[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 3 Jun 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Hiasan dalaman Masjid Nasir al-Mulk
Masjid Nasir al-Mulk (Bahasa Parsi: مسجد نصیر الملک Masjed-i Nasir al-Mulk), juga dikenali sebagai Masjid Merah Jambu merupakan sebuah masjid tradisional di Shiraz, Iran. Masjid ini telah dibina semasa era Qajar dan masih digunakan dibawah perlindungan oleh Yayasan Wakaf Nasir al Mulk. Ia telah dibina dari tahun 1876 sehingga 1888 atas arahan Mirza Hasan Ali (Nasir al-Mulk), iaitu seorang pemerintah Qajar. Masjid ini mengandungi kaca berwarna yang luas di fasadnya, dan memaparkan unsur-unsur tradisional lain seperti reka bentuk Panj Kāse (lima lekuk). Dalam budaya popular, masjid ini digelar Masjid Merah Jambu kerana penggunaan jubin berwarna merah jambu yang banyak sebagai reka bentuk dalamannya.

MohammadReza Domiri Ganji
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi


Minggu 24[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 10 Jun 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek Delhi, India
Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang mana hukumnya adalah sunat muakkad. Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Nimitnigam
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 25[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 17 Jun 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Sambutan Aidilfitri oleh Bahadur Shah II
Sebahagian daripada 12 lipatan yang menggambarkan perarakan oleh Bahadur Shah II iaitu mahajaraja Mughal terakhir ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1843. Bahadur Shah II kelihatan duduk di atas gajah ketiga Bersama pewarisnya yang lain.

Sir Thomas Metcalfe, 4th Baronet
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 26[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 24 Jun 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Tupai Terbang Ekor Merah Tupai Terbang Ekor Merah (Inggeris: "Javanese Flying Squirrel/Horsfield's Flying Squirrel" atau nama saintifiknya: Iomys horsfieldi) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tupai ini merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan di Malaysia. Tupai Terbang Ekor Merah adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantung Tupai Terbang Ekor Merah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

John Gerrard Keulemans
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 27[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 1 Julai 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Jalan menuju kampung Nusfjord yang berlatarbelakangkan sebuah gunung besar dari pulau Flakstadøya.
Flakstadøya merupakan sebuah pulau di kepulauan Lofoten dalam kaunti Nordland, Norway. Ia terletak di perbandaran Flakstad dengan Vestfjorden di sebelah timur pulau itu dan Laut Norway di sebelah barat pulau itu. Pulau ini dihubungkan dengan pulau Moskenesøya (sebelah selatan dan barat) oleh Jambatan Kåkern dan Jambatan Fredvang. Ia dihubungkan dengan pulau Vestvågøya (sebelah timur laut]] melalui Terowong Nappstraum bawah laut. Lebuh raya European route E10 melintasi pulau ini dan menghubungkan dengan pulau-pulau berdekatan yang lain.

Ximonic
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 28[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 8 Julai 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Peta Moxon Peta Moxon merupakan sebuah peta dunia tahun 1681. Peta ini telah dihasilkan oleh Joseph Moxon (8 Ogos 1627 – Februari 1691), hidrografer kepada Charles II, merupakan seorang pencetak Inggeris yang mengkhususkan diri dalam buku matematik dan peta, pembuat glob dan instrumen matematik, serti ahli matematik. Beliau telah menghasilkan kamus bahasa Inggeris pertama khusus untuk matematik dan manual pengajaran terperinci yang pertama untuk pencetak. Pada November 1678, beliau telah menjadi ahli perniaga pertama yang dipilih sebagai Fellow of the Royal Society. Menerusi Peta Moxon, Maxon turut memaparkan ilustrasi gambaran tujuh hari penciptaan bumi di panel bahagian atas peta.

Cornell University: Persuasive Cartography, The PJ Mode Collection
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 29[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 15 Julai 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Swafoto monyet Swafoto monyet merupakan siri gambar yang diambil sendiri oleh monyet hitam Sulawesi menggunakan peralatan milik jurugambar alam semulajadi, David Slater ketika beliau melawat Indonesia pada tahun 2008. Hasil daripada swafoto ini telah membangkitkan beberapa pertikaian hak cipta di antara Slater, Wikimedia Commons, blog Techdirt dan People for the Ethical Treatment of Animals. Pada 21 Ogos 2014, Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat memutuskan bahawa hak cipta gambar tersebut tidak boleh didaftarkan kerana ""hanya karya yang dicipta oleh seorang manusia boleh dilindungi hak cipta di bawah undang-undang Amerika Syarikat, yang tidak termasuk gambar dan karya seni yang dicipta oleh haiwan atau mesin tanpa intervensi manusia".

Pemotretan sendiri oleh monyet hitam Sulawesi
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 30[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 22 Julai 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Hari Terakhir Pompeii
Hari Terakhir Pompeii (Inggeris: The Last Day of Pompeii) merupakan sebuah lukisan sejarah yang besar oleh Karl Bryullov pada tahun 1830–1833 mengenai subjek letusan Gunung Vesuvius pada 79 SM. Lukisan ini menerima pujian semasa pamerannya di Rom dan menjadikan ia sebagai kerja Briullov yang menerima banyak pujian berbanding kerja-kerjanya yang lain sepanjang hayatnya. Selain itu, lukisan ini juga menjadi hasil seni Rusia pertama yang mendapat perhatian luar selain ia menjadi inspirasi untuk sajak Alexander Pushkin dan novel Edward Bulwer-Lytton.

Google Cultural Institute
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 31[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 29 Julai 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) merupakan sebuah tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11 ribu orang perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Tugu yang telah direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon ini telah siap pada 8 Februari 1966 dan terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Sebelum tahun 2010, sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada 31 Julai setiap tahun akan berlangsung di sini sebelum sambutannya dipindahkan ke Putrajaya.

Fongky
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 32[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Singapura
Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometre (85 mi) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia. Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 33[sunting sumber]

Berakhir selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2018

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Imej C/2014 Q2 yang dirakam pada 19 Januari 2015 C/2014 Q2 (Lovejoy) merupakan komet jangka panjang yang ditemui pada 17 Ogos 2014 oleh Terry Lovejoy dengan menggunakan teleskop Schmidt-Cassegrain sepanjang 0.2-meter (8 in). Ia telah ditemui di 15 magnitud ketara bujur selatan Kekota. Ia merupakan komet kelima yang ditemui oleh Lovejoy. Cahaya biru-hijau adalah hasil molekul organik dan air yang dikeluarkan oleh pembungkusan komet di bawah UV yang keras dan cahaya optik matahari ketika melewati ruang angkasa.

John Vermette
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 34[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Muka bumi Makkah dari Stesen Angkasa Antarabangsa
Pada 23 September 2015, angkasawan Scott Kelly telah menghantar gambar Makkah yang diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa di laman media sosial Twitter. Kelihatan dalam gambar tersebut sturuktur berwarna putih iaitu Masjidil Haram berserta Kaabah dan menara jam Makkah.

NASA/Scott Kelly
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 35[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Dataran Merdeka
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikkan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.

Ahmad Rithauddin
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 36[sunting sumber]

Undian[sunting sumber]

Calon 1[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Pemandangan panorama Tujuh Tasik Rila dari Gunung Ezeren
Tujuh Tasik Rila (Bahasa Bulgaria: Седемте рилски езера, atau Sedemte rilski ezera) merupakan sekumpulan tasik glasier yang terletak di Gunung Rila barat laut di Bulgaria. Tasik-tasik ini merupakan kumpulan tasik yang paling gemar dikunjungi di Bulgaria. Tasik terletak antara 2,100 dan 2,500 meter ketinggian di atas paras laut. Tujuh buah tasik tersebut adalah Salzata, Okoto, Babreka, Bliznaka, Trilistnika , Ribnoto Ezero dan Dolnoto Ezero.

Aski
ArkibGambar pilihan lagi...

Setuju[sunting sumber]

Tidak setuju[sunting sumber]

Keputusan[sunting sumber]

Versi boleh ubahVersi dilindungi